Monday, January 16

selamat ulangtahun terakhir ke tiga dekad.

sejak empat tahun belakangan, ini yang pertama aku menutur dari kejauhan

seperti tahun-tahun sebelumnya-- 
semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat sentiasa

dan untuk tahun ini dan seterusnya--
semoga senyum terus lebar, tawa tetap keras, cita langsung jelas
walau tiada aku
semoga segala sakit kau tahan, segala beban, sebal, pahit, terbalas
dengan pergi aku

selepas-selepas ini, aku doakan kau tidak lagi perlu 
terlalu menjaga sehingga sendiri tak terbela
selepas saja ini, aku harap kau tidak mencari mana adil dunia
tidak lagi cuba mengira imbang dacing cerita kita

dan semoga nanti
apa mungkin berapa dekad atau mungkin berapa saat
kau mampu menoleh memori kita dan mengenang indah semata

dan saat itu 
mungkin kita lebih mengerti
mengapa begitu dan mengapa begini

semoga lekas bertemu bahagia, teman jiwa.